Monday, October 10, 2011

Main kejar-kejar dengan kawan baru.

Aku baru balik dari medan perang. Fuh, tak payah cakap ah letih penat nya. Naik gila aku rasa. Mula-mula berperang dengan kertas Bahasa Arab yang memang "senanggilatahapgaban", lepas tu berperang dengan perut lapar yang dah menyanyi lagu rock ni pulak kan, lepas tu berperang pulak dengan kawan baru. Letih tak terkata kau tahu? *tertaip boleh. Heheh. Cerita peperangan sebenar bermula disini.

Aziera: Nasha, esok jom balik jalan kaki nak tak?


Mula-mula aku fikir macam malas je nak jalan kaki. Lepastu datang sekolah tadi, aku fikir sepintas lalu dan terus membuat keputusan bagus dan menguntungkan ni.

Aku: Azie, jomlah balik jalan kaki hari ni.


Masa kami kami berkata-kata begitu tu kami kami sedang berhimpun menunggu masa untuk masuk ke medan perang untuk berperang dengan paper last kami kami iaitu paper paling "senangmacamkacanggoreng" di alam semesta, BAHASA ARAB.
Masuk-masuk, perang-perang, perah-perah kepala otak sampai aku pun dah tak ada otak sekarang*guraugurau HAHA. 2jam 30minit kemudiannya, ketua pengawas pun menjalankan tanggungjawabnya dengan mengarahkan kami kami berhenti menulis,*walaupun aku dah lama berhenti, cek angka giliran dan nombor kad pengenalan, lepastu pengawas lain kutip kertas dan masa tu aku rasa macam nak jerit AKU MERDEKA! AKU MERDEKA! je. Tapi oleh kerana aku baik, aku tak buat semua jadah haram tu. Ngehehe.

Kemudian aku dan Azie balik berjalan kaki. Jalan-jalan-jalan, perut aku cari masalah pulak, tak henti-henti menyanyi lagu Rolling In the Deep versi perut Nasha. Huahaha. Aku pun berhenti dekat satu gerai untuk melantak. Sesudah melantak dengan lahapnya, kami kami pun sambung perjalanan menuju rumahkami syurgakami. Azie di hulu aku di hilir.

Dan dalam perjalanan itulah aku bertemu kawan baru, bukan kawan baru kot. Aku dah lama dah kenal dia. Cuma baru tadi je macam "bermesra" sikit. Hehe. Jalan-jalan dengan tiba-tiba je kami kami terserempak dengan si kawan ni. Dia pergi kejar kami kami dengan bangang dan bangang nya. Kami kami pun lari dengan mangkuk dan hayunnya. Memang lama lah stuck dekat situ. Orang yang lalu ketawa je melihat kami kami buat lawak haram jadah dekat tepi jalan *aku takutlah, kau ketawa apadehalnya. Benci betul aku dengan kawan baru tu. Nasib ada seorang pakcik yang "no caption" ada jalan depan kami kami dan kami kami pun selamatlah sampai ke rumah kami. Kesimpulannya, aku berjaya dalam peperangan harini.

Sekian, Aku Budak Baru Merdeka. HAHA.


MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
*cukup kan tujuh kali?