Thursday, November 22, 2012

Worship Allah as if you see Him.

Assalamualaikum W.B.T.,

Bukan nak bercerita, bukan nak mengadu, bukan nak mengarang cerita, tapi nak memberi tahu. Aku deactivate account Twitter dan Facebook aku. Bukan untuk seketika. Bukan juga untuk selamanya. Entah sampai bila. Oh, hangat hangat tahi ayam kah? Deactivate sekejap, lepastu reactivate semula. Lepastu deactivate lagi lepastu reactivate pula lepastu...

Hmm tapi kenapa?

Sebenarnya aku pun tak tahu apa motif sebenar benarnya aku deactivate segala account tu. 
Tapi satu hal yang aku yakin. Aku dah salah tempat mengadu. Bila bermasalah, bila terasa, bila sedih, bila apa apa lah. Aku cerita pada Facebook, aku cerita pada Twitter. Aku update status, tweet, mengadu bagai. Entah apa dalam kepala otak aku masa tu. Kenapa aku cerita dekat situ? Kenapa aku tak cerita dekat Dia? Ya, Dia. 
Aku salah mengadu. Sepatutnya aku mengadu pada Dia, Allah S.W.T., Dia yang menghidup kan aku, Dia juga yang mematikan aku, Dia yang Maha Kuasa. Kenapa aku lebih pilih untuk update status dekat Facebook, Twitter? Untuk cerita pada semua orang? Untuk apa? Entah. Aku sendiri tak faham kenapa. Biar, aku sedar itu tak betul. Aku sedar tempat mengadu aku salah. 

Aku nak mengadu masalah aku kepada manusia lain juga, tapi bimbang nanti dikata aku mengaibkan sesiapa pula. Kalau aku mengadu pada Dia, itu tak dikira mengaibkan sesiapa, kan? Allah SWT kan, Maha Mengetahui. Hm.

InshaAllah, ini perubahan.

Satu pesanan,
Kawan, kalau aku salah, silakan tegur. InshaAllah, aku perbetulkan. Aku tak benci sesiapa, aku tak dendam apa apa, aku cuma mudah terasa. Aku minta maaf, ya?

Assalamualaikum w.b.t,